[2025] CHAIR-GER
Download
- Description:
-
LAPORAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) 2025 CHAIR-GER
Chair-Ger merupakan kerusi taman serba guna yang
berfungsi sebagai tempat duduk, mempunyai ruang
penyimpanan beg serta dilengkapi kemudahan pengecasan
telefon bimbit menggunakan tenaga solar. Kajian awal
mendapati reka bentuk kerusi taman seperti ini masih belum
mempunyai garis panduan atau penanda aras
(benchmarking) yang jelas, menyebabkan penerimaannya di
mata pengguna agak sederhana khususnya dari aspek
estetika, ciri mesra pengguna dan keselamatan. Walau
bagaimanapun, inovasi ini memberi pengaruh positif dari
segi psikologi, fizikal dan sikap pengguna, selain menambah
nilai melalui fungsi yang praktikal serta mesra teknologi.
Selain memberi keselesaan untuk berehat, Chair-Ger turut
direka bentuk sebagai kerusi mudah alih yang boleh
dialihkan dengan mudah ke pelbagai lokasi menggunakan
roda tanpa memerlukan tenaga kerja yang besar. Ciri ini
menjadikannya alternatif yang lebih praktikal berbanding
kerusi taman kekal. Dengan gabungan fungsi asas tempat
duduk, ruang penyimpanan dan kemudahan pengecasan
peranti elektronik berasaskan tenaga boleh baharu, inovasi
ini diharap dapat memberi nilai tambah kepada pengguna
serta menyokong aspirasi ke arah gaya hidup yang lebih
selesa, selamat, mesra teknologi dan lestari.NURUL AQILAH BINTI JOHAR
MOHD. SHAFRIZAL BIN MD. HASSAN
DR. NOOR AZAH BINTI ABDUL RAMAN
TS. DR. HJH. NORHAYATI BINTI ABD WAHAB@ DUL AHAD
NORAINI BINTI ABU BAKAR
POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA - Submitted By:
- Md Nor Sirat (webmaster)
- Submitted On:
- 30 Jan 2026
- Downloads:
- 3
- File Version:
- JKA
- File Author:
- NURUL AQILAH BINTI JOHAR,MOHD. SHAFRIZAL BIN MD. HASSAN,DR. NOOR AZAH BINTI ABDUL RAMAN,TS. DR. HJH.
- File HomePage:
- Click to view
- Submitted On:
- 30 Jan 2026
- Rating:
-
Be the first to comment! Please sign in or register.